fbpx

Program Dermasiswa B40 TVET, akses pendidikan ke peringkat tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika melancarkan Minggu TVET Negara, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan mewujudkan Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi membantu kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tahun ini.

Menurut beliau, pengambilan pertama akan melibatkan 1,000 orang pelajar dan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.

“Saya yakin, program ini menawarkan lebih banyak peluang kepada anak-anak Keluarga Malaysia, terutamanya daripada kumpulan B40.

“Mereka akan mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET,” katanya ketika mengumumkannya semasa merasmikan minggu TVET Negara 2022 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Para majlis tersebut, beliau turut mengisytiharkan 2 Jun sebagai Hari TVET Negara selain menyampaikan pengiktirafan kepada 10 orang alumni yang mewakili setiap kementerian penyedia TVET sebagai Wira TVET Negara. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI