fbpx

Pemenang hadiah utama Liga Fantasi Kosmo! diumum Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peraduan Liga Fantasi Kosmo! sudah tamat baru-baru ini dengan senarai nama pemenang hadiah utama sudah dimuktmadkan dan akan diumumkan pada bulan depan.

Pemenang utama sudah pastinya akan memenangi tiket perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di London termasuk tiket penerbangan, penginapan dan duit poket berjumlah RM2,000 akan disediakan.

Selain itu, pemenang utama seterusnya akan membawa pulang konsol permainan Sony PlayStation 5 (PS5) manakala pemenang berikutnya pula bakal membawa pulang smart televisyen berjenama.

Tujuh lagi pemenang Liga Fantasi yang berada di kedudukan teratas daripada hampir 7,000 penyertaan akan menerima wang tunai bernilai RM300 setiap seorang.

Akhbar Kosmo! dijangka menganjurkan semula Liga Fantasi Kosmo! pada musim depan dengan hadiah-hadiah yang lebih menarik kepada para pembaca Kosmo!.

Justeru, para pembaca Kosmo! dan mereka yang berminat menyertai peraduan Liga Fantasi Kosmo! musim baharu perlu sentiasa melekat dengan akhbar ini Kosmo! Online bagi maklumat lanjut.

Jangan sampai ada yang terlepas dan menyesal pada kemudian hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI