fbpx

Pemandu lori mengaku tidak bersalah memandu ketika mabuk, sebabkan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kampar hari ini. -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KAMPAR – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian seorang lelaki, awal bulan ini.

Tertuduh, K. Suntharalingam, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret T. R. Kavitha.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta Honda Civic bawah pengaruh minuman yang memabukkan sehingga tidak berdaya mengendalikan kenderaan itu dan menyebabkan kematian Mohd. Nazri Sham Aring, 42.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kilometer 1, Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar di sini, pada pukul 11.45 malam, 5 Jun 2022.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu lelaki itu digantung sementara serta tidak dibenarkan keluar dari negeri tanpa kebenaran Ketua Polis Negeri. Kes akan disebut semula 13 Julai depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI