KLANG – Tular aksi pemanduan secara berbahaya sebuah lori yang memotong di garisan berkembar sehingga menyebabkan kemalangan dipercayai berlaku bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini.
Aksi pemandu lori berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kereta sebelum tular dalam video berdurasi 54 saat di laman Twitter.
Berdasarkan video memaparkan kejadian itu dikatakan berlaku pukul 9.49 pagi pada Sabtu lalu dengan pemandu lori itu juga berlagak ala samseng apabila menuju dan memarahi pemandu kereta berkenaan.
Menjenguk ke ruangan komen, seorang pengguna dikenali muhammad nizamuddin turut menyelar perbuatan pemandu lori itu.
“Betul, tiba-tiba sahaja lori potong brek mengejut, apa jadi sebelum tu yang dia marah sangat,” jelasnya.
Sementara itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan memaklumkan siaran media akan dikeluarkan dalam masa terdekat. -KOSMO!ONLINE