fbpx

Peluncur layang-layang maut dalam puting beliung mini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena cuaca ekstrem tersebut tidak diramalkan oleh ahli meteorologi yang tidak menyangka angin akan menjadi sekuat itu. – Sky News

NORMANDY, PERANCIS – Seorang peluncur layang-layang terbunuh dalam kejadian ‘puting beliung mini’ di Perancis yang menyebabkan mangsa terhempas pada tingkap sebuah restoran tepi pantai, lapor akhbar The Sun semalam.

Peluncur berusia 31 tahun itu mati di tempat kejadian dalam insiden di Pantai Normandy, Sabtu lalu.

Lima lagi pengunjung dilaporkan cedera dan dibawa ke hospital terdekat, manakala seorang lagi yang hilang di laut kemudiannya ditemui dalam keadaan selamat.

Menurut saluran radio Francebleu, fenomena angin puting beliung tersebut berlaku secara tiba-tiba dan tiada dalam ramalan cuaca.

Datuk bandar  tempatan,  Thierry Granturco menyifatkan fenomena tersebut sebagai ‘ganas’ kerana ia tidak pernah dilihat di pantai itu.

“Angin bertiup amat kencang dan berakhir dengan kejadian ‘puting beliung kecil’.

“Kami telah berhubung dengan perkhidmatan Meteorologi Perancis dan diberitahu bahawa  cuaca ekstrem mengejut itu adalah di luar ramalan mereka.

“Kami sudah tahu bahawa angin akan bertiup kencang dan telah mengumumkannya pada awal petang, namun tidak menyangka bahawa ia akan bertukar ganas pada pukul 8.30 malam (waktu tempatan),” kata Granturco. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI