fbpx

Pasangan tabah jaga tiga anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ridzwan memberi Muhammad Daniel susu sambil diperhati Nur Fazida dan dua anaknya di Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Biarpun serba kekurangan, sepasang suami isteri tetap tabah membesarkan tiga daripada lima anak mereka yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Nur Fazida Mokhtar, 45, berkata, anak keduanya, Muhammad Daniel Hakim Mohd. Ridhwan, 13, dan ketiganya, Nur Fatin Qalisha, 12, disahkan OKU masalah pembelajaran sejak mereka berusia lapan tahun.

Lebih menguji mereka suami isteri, anak keempat, Muhammad Daniel Harraz, 9, pula menghidap penyakit Celebral Palsy sejak lahir.

“Penyakit itu (Celebral Palsy) menyebabkan Muhammad ­Daniel hanya terlantar di atas katil selain mengalami masalah usus tersumbat.

“Ia menyebabkan dia kerap demam dan kurang selera makan sehingga berat tubuhnya hanya 10 kilogram (kg) biarpun sudah berusia sembilan tahun,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, Muhammad Daniel perlu menjalani pembedahan usus, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan beratnya tidak pernah mencapai 15kg, minimum kelayakan untuk menjalani prosedur pembedahan.

“Dia minum susu khas dan bubur nasi yang dikisar halus. Kos susu khas dan lampin pakai buangnya cecah RM500 sebulan.

“Dua anak OKU saya juga masih perlu dibantu menguruskan diri walaupun semudah memakai baju,” ceritanya.

Nur Fazida berkata, suami­nya, Mohd. Ridzwan Ibrahim, 45, cuma bekerja kampung dengan purata pendapatan sebanyak RM500 sebulan dan kerap di­serang penyakit gout dan tekanan darah tinggi.

“Mujur anak kedua dan ketiga saya menerima bantuan persekolahan RM150,” ujarnya.

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun Bank Rakyat Mohd. Ridzwan 2243584963 atau menghubunginya di talian 016-749 7524.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI