fbpx

Orang Asli Ecuador lakukan tunjuk perasaan, bantah kenaikan harga minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan termasuk pelajar universiti berarak di pusat bandar Quito pada 16 Jun lalu. - AFP

QUITO, Ecuador – Tunjuk perasaan yang dijalankan kumpulan penduduk pribumi bagi membantah kenaikan harga minyak di Ecuador semakin buruk sehingga memaksa Presiden Guillermo Lasso mengumumkan perintah darurat di tiga buah wilayah.

Protes yang telah masuk hari keenam itu menyaksikan para peserta terus menyekat jalan-jalan raya di hampir kesemua 24 wilayah di negara itu. 

Lasso telah mengisytiharkan darurat di tiga wilayah temasuk ibu kota, Quito.

Negara pengeluar minyak itu telah mengalami peningkatan inflasi, kenaika harga bahan api, pengangguran dan kemiskinan yang diburukkan lagi oleh pandemik Covid-19.

Tunjuk perasaan oleh komuniti Orang Asli yang merangkumi lebih sejuta individu daripada populasi 17.7 juta penduduk itu dilakukan dengan melancarkan protes antikerajaan secara terbuka minggu ini. Ia turut disertai oleh pelajar, pekerja dan pelbagai lapisan masyarakat.

Pertempuran turut berlaku dengan pasukan keselamatan semasa protes menyebabkan sekurang-kurangnya 83 orang cedera dan 40 lagi ditahan.

Sebagai tindak balas, Lasso mengerahkan pasukan bersenjata bagi mengekalkan ketenteraman, menggantung hak sivil dan mengisytiharkan perintah berkurung. 

“ Saya telah menyeru untuk berdialog, namun tindak balasnya lebih ke arah keganasan. Mereka tiada niat untuk mencari penyelesaian,” kata Lasso dalam siaran televisyen tempatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI