fbpx

NSL: KL Wildcats rencana misi lunas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL WILDCATS mencatat kekalahan pertama dalam saingan musim ini selepas tewas ketika berdepan Johor Jewels kelmarin.

KAPTEN Kuala Lumpur (KL) Wildcats, Nordiyanah Noor Saba­dinee mengakui, agak bergelut untuk melepasi kawalan ‘tembok’ pertahanan Johor Jewels, Gayani Samanthika ketika tewas 49-56 di Stadium Juara, Bukit Kia­ra kelmarin.

Gayani dengan ketinggian 186 sentimeter (sm) sememangnya berjaya memberikan kesukaran sepanjang perlawanan kepada Nordiyanah yang tingginya cuma 167cm untuk menghasilkan jari­ngan buat KL Wildcats.

Pengalaman luas dan kemahiran pertahanan yang hebat dimiliki tonggak import dari Sri Lanka itu menyaksikan dia berjaya melakukan enam halangan dan 10 pintasan selain memenangi lapan rebounds.

Itulah faktor utama kejayaan Johor Jewels meleburkan rekod tanpa kalah KL Wildcats selain menebus kekecewaan mereka tewas di pentas final edisi lalu.

“Bibir saya bengkak sebab terkena siku Gayani. Tinggi saya setakat bahu Gayani sahaja.

“Saya dapat pengalaman yang berharga berdepan Gayani ke­rana memang bergelut kalau nak mendapatkan bola tinggi. Kalau bola rendah tiada masalah sa­ngat.

“Apa-apa pun saya gembira dan berbangga dengan pasukan kerana kami dapat berikan saingan terbaik. Saya tahu kami boleh buat lebih bagus,” katanya.

Beraksi sebagai goal attack, Nordiyanah tetap memiliki ke­lebihan tersendiri apabila berjaya menyudahkan 23 jaringan daripada keseluruhan 31 percubaan yang dimiliknya dalam aksi kelmarin.

Sebagai rekod, KL Wildcats dan Johor Jewels menjadi pilihan ramai untuk beraksi di pentas final musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI