PETALING JAYA – Media sosial dihujani dengan ucapan takziah atas pemergian pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor.
Bagaimanapun, terdapat seorang pengguna di Facebook meninggalkan komen tidak beradab berunsur kecaman berhubung dengan kematian pelakon itu.
Lelaki berkenaan seolah-olah ingin memberi teguran kepada Allahyarhamah yang tidak menutup aurat namun telah mendapat perhatian dari orang ramai kerana tindakan tersebut dianggap keterlaluan.
“Sampai ke akhirat hayat tak tutup aurat. Dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat sebab kepala batu, keras hati. Menjawab la dalam kubur. Nauzubillahiminzalik, moga keturunan aku tiada yang macam ini.” kata lelaki tersebut.
Perkongsian tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan pengikut dan keluarga Adibah Noor.
Rata-rata pengguna berpendapat sebaliknya sebagai orang Islam kita perlu mendoakan benda yang terbaik untuknya.
Dalam pada itu, hantaran tersebut menerima lebih dari 2000 komen yang turut mengecam tindakan lelaki berkenaan serta mendoakan Allahyarhamah di ruangan komen.
“Mamat yang buat komen ini memang hati bangkai,” marah Siti Kassim.
“Mamat ni cuba nak buat kerja Tuhan ke?,” soal pengguna lain.
“Orang yang sudah meninggal tak perlulah diberi komen sebegitu. Itu biarlah menjadi urusannya dengan Allah.” – KOSMO! ONLINE.