fbpx

Nelayan jatuh bot ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Maritim Malaysia mengangkat mayat mangsa yang dilaporkan terjatuh dari bot semasa memukat di perairan Pantai Jerejak di sini semalam.

GEORGE TOWN – Seorang nelayan ditemui maut selepas dilaporkan terjatuh dari bot semasa memukat ikan di perairan Pulau Jerejak, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Rajendran, 56, dijumpai dalam keadaan terapung kira-kira pukul 3.15 petang.

Menurutnya, Maritim Malaysia (APMM) telah menerima panggilan telefon dari Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi melalui MERS 999 berhubung kejadian seorang nelayan terjatuh dari bot dan disyaki lemas semasa memukat ikan bersama rakan.

“Sebaik menerima laporan, bot KILAT 26 diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dan mangsa ditemui terapung berhampiran bot yang dinaiki bersama rakannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, rakan mangsa, Murugan yang juga saksi kejadian memaklumkan Rajendran terjatuh ke dalam laut selepas kakinya terbelit pada pukat.

”Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Balai Polis Perai sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya oleh pasukan St John Ambulans,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI