fbpx

Luahan pembaca: Pihak berkuasa diminta cari alternatif atasi kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN trafik di Teluk Kumbar, Pulau Pinang yang bertambah sesak berikutan musim durian.

SAUDARA PENGARANG,

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kehidupan kami khususnya bagi penduduk di Teluk Kumbar, Pulau Pinang sedikit sukar ekoran berhadapan dengan situasi kesesakan trafik melampau pada waktu puncak.

Sebelum ini, kesesakan trafik hanya berlaku di Bayan Lepas sahaja, tetapi masalah itu berjaya diatasi dengan pembinaan fly over.

Kini, warga Teluk Kumbar pula berdepan dengan kesesakan dan boleh terperangkap hingga satu jam ketika waktu puncak, pergi dan pulang dari kerja.

Keadaan menjadi lebih parah ketika ini iaitu musim durian apabila orang ramai melalui jalan Teluk Kumbar untuk ke Balik Pulau bagi menikmati raja buah itu sekali gus menyebabkan trafik makin sesak meskipun pada hujung minggu.

Sebelum ini, jika mahu ke Bayan Lepas pada hujung minggu hanya sekitar 10 minit masa yang diambil tetapi disebabkan trafik sesak sekarang ini, masanya mencecah hampir sejam. Ternyata ia sangat merugikan dan buang masa.

Jadi, saya berharap agar pihak berwajib termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mencari penyelesaian segera kepada masalah ini dan mengembalikan ketenangan hidup rakyat seperti sebelum ini.

Sejujurnya kami sudah penat untuk terperangkap hampir satu jam setiap hari. Banyak masa dibazirkan dan membuang tenaga serta turut mencemarkan alam sekitar.

Mohon ambil perhatian dan selesaikan segera.

Syukur Sari
Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI