fbpx

Luahan pembaca: Hati-hati guna e-skuter di taman awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai yang menggunakan e-skuter di taman-taman awam perlu berhati-hati bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini, saya bersama keluarga beriadah di sebuah taman ikonik, Elmina Park dekat Shah Alam.

Taman itu menarik dan menyeronokkan untuk keluarga beriadah bersama anak kecil, ada yang sekadar berjoging dan tidak kurang juga berbasikal.

Bagaimanapun, sesi riadah kami terganggu dengan kehadiran anak muda yang menggunakan e-skuter dengan laju dan keadaan itu membahayakan.

Tambahan pula laluan trek di Elmina Park adalah berbukit-bukit dan beralun.

Bagi saya sangat bahaya penggunaan e-skuter yang boleh disewa di situ.

Sangat merisaukan jika pemandu e-skuter itu tidak sempat menekan brek seterusnya melanggar kanak-kanak atau pun warga tua yang berada di situ.

Saya bukanlah menghalang orang ramai menggunakan e-skuter atau mereka yang menjalankan perniagaan sewaan peralatan itu, namun penggunaannya perlu disekalikan dengan pemanduan berhemah dan tidak laju bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.

Penting untuk semua pihak saling menghormati hak setiap orang untuk beriadah.

SITI ZARA
Bukit Subang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI