fbpx

Dua sekawan tukang cuci masjid didakwa rogol remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Muhammad Khairul Arif (tengah) dan Muhammad Mustaqim yang menghadapi pertuduhan rogol seorang remaja di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Dua sekawan tukang cuci masjid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini  atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di sebuah garaj di Jalan Merbau dekat sini, tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Khairul Arif Md. Rodzi,18, dan Muhammad Mustaqim Nazri,18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa telah merogol seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun empat bulan semasa kejadian.

Muhammad Khairul Arif dan Muhammad Mustaqim melakukan kesalahan itu di sebuah garaj di Jalan Merbau, Seksyen 3 di sini kira-kira pukul 11 malam hingga 5 pagi pada 28 hingga 29 Julai 2021.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nor Alini Ahmad Jamil.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh selepas mendapati mereka melakukan kesalahan serius terhadap mangsa:

Nor Alini dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan kedua-dua tertuduh diikat jamin yang rendah kerana mereka hanya bekerja sebagai tukang cuci masjid untuk mencari rezeki bagi membantu keluarga masing-masing.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua lelaki itu diikat jamin selain menetapkan 20 Julai depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI