fbpx

Dua PATI jadi tekong, kru bot nelayan tempatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA PATI ditahan dalam operasi APMM Perak di perairan Bagan Datuk, Perak, malam tadi.

LUMUT – Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikesan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Bagan Datuk, malam tadi.

Tangkapan yang dilakukan pada kedudukan 1.7 batu nautika barat laut muara Sungai Burong, kira-kira pukul 7.15 malam itu dilakukan selepas menerima aduan dan maklumat orang awam.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, tangkapan itu dilakukan oleh bot ronda pasukan itu berikutan aduan orang awam mengenai penglibatan warga asing dalam aktiviti perikanan tempatan di sekitar perairan Bagan Datuk.

“Hasil pemeriksaan pasukan operasi mendapati, bot dikendalikan dua kru termasuk tekong merupakan warga Indonesia berusia 34 dan 39 tahun tanpa pengenalan diri yang sah.

“Tekong dan kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan aktiviti perikanan tanpa memiliki satu dokumen yang sah dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bot, tekong dan kru dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, Sitiawan, untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut oleh pegawai penguat kuasa APMM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI