fbpx

Datuk 90 tahun kahwini bekas kakak ipar 28 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shinta (kanan) merestui perkahwinan Paduai dengan Shintia (tengah). – Istimewa

JAKARTA – Seorang warga emas di wilayah Sulawesi Tenggara menjadi perhatian kerana berkahwin dengan bekas kakak iparnya selepas bercerai dengan isterinya, lapor laman berita Detik.

Lelaki bernama Paduai, 90, itu berkahwin dengan Shintia, 28, yang merupakan kakak kandung bekas isterinya, Shinta, 25.

Menurut Shinta, dia tidak mempunyai masalah terhadap perkahwinan tersebut dan turut berasa bahagia melihatkan pasangan itu.

Dia juga mengesahkan telah lama berpisah dengan Paduai sebelum lelaki itu berkahwin dengan kakaknya.

“Selepas berpisah dengan Paduai barulah kakak saya berkahwin dengannya.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada 14 Jun lalu dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Shinta. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI