fbpx

‘Beri peluang tatap wajah Pak Tam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Omar menunjukkan tangkap layar panggilan video yang diterima daripada anaknya pada tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas, Pontian semalam.

PONTIAN – Seorang bapa me­rayu agar diberi peluang untuk menatap wajah anak lelakinya yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di sebuah penjara di Taiwan.

Omar Yuhyi, 68, berkata, anaknya, Sheik Feizan yang mesra dipanggil Pak Tam dijatuhi hukuman tersebut selepas didapati bersalah atas kesalahan dadah di negara berkenaan.

“Kalau boleh sebelum ‘menutup mata’, saya mahu berjumpa dengan dia (Sheik Feizan). Ini ke­rana, isteri saya (Hadiah Gondet) meninggal dunia pada 2019 tanpa sempat bertemu dengan anak kami.

“Kalau benar Pak Tam akan dibebaskan empat atau lima tahun lagi, sayalah individu yang paling gembira kerana perasaan rindu ini sudah tidak dapat dibendung lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas di sini semalam.

Sheik Feizan ditahan di Lapangan Terbang Taipei ketika mahu berlepas ke Malaysia kerana membawa heroin seberat 2.141 gram pada 24 Mei 2007.

Lelaki itu disyaki menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik operasi menghantar barangan kristal ke Taiwan.

Bercerita lanjut, Omar memberitahu, keadaan kesihatannya semakin merosot kerana menghidapi penyakit angin ahmar.

“Saya bimbang jika Allah mengambil nyawa tanpa sempat berjumpa dengan Pak Tam se­pertimana yang berlaku terhadap isteri,” katanya.

Warga emas itu yang tinggal bersama anak dan menantu berharap ada pihak yang sudi membantu mempercepatkan pembebasan anaknya tanpa menunggu tempoh masa ditetapkan.

“Pak Tam menunjukkan kelakuan baik di sana, harap ada budi bicara daripada pihak penjara Taiwan agar dia dapat dibebaskan lebih awal.

“Dia juga boleh menguasai bahasa Taiwan dan Indonesia kerana terdapat banduan dari negara berkenaan yang ditempatkan di penjara sama atas kesalahan dadah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI