fbpx

Agong, Raja Permaisuri Agong ucap selamat jalan kepada 291 jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah (dua kanan) menyantuni bakal jemaah haji di Kompleks Haji Sepang hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli untuk mengucapkan selamat jalan kepada 291 orang bakal jemaah haji Malaysia di Kompleks Haji Sepang hari ini.

Kumpulan tersebut terdiri daripada 135 orang jemaah lelaki serta 156 orang wanita yang dijadualkan berlepas menerusi penerbangan Saudia Airlines ke Jeddah pada pukul 4.45 petang dan dijangka tiba pada pukul 8.10 malam (waktu Arab Saudi).

Baginda ketika membacakan teks titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengucapkan tahniah dan menyeru semua bakal jemaah haji agar bersyukur kerana tepilih sebagai tetamu Allah setelah dua tahun golongan itu tidak menunaikan ibadat tersebut akibat Covid-19.

“Para jemaah haji harus menjaga kesihatan, kebersihan diri dan memastikan semua peraturan pihak berkuasa serta prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi selain memberi sepenuh tumpuan dalam pelaksanaan ibadah haji.

“Jemaah haji juga harus menguatkan ketahanan mental dan fizikal, saling bertoleransi dan bersabar semasa berada di tanah suci,” titah baginda di sini hari ini.

Titah Al-Sultan Abdullah, musim haji kali ni menyaksikan seramai sejuta umat Islam dari pelbagai negara akan berkumpul di tanah suci.

“Perhimpunan besar ini pastinya mencabar, sekali gus mengajar umat Islam untuk bersabar, bertoleransi dan tolong-menolong tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya,” titah baginda.

Justeru, baginda dan Tunku Azizah berharap agar umat Islam di Malaysia terus bersatu hati tanpa melihat kepada sebarang perbezaan yang boleh memecah-belahkan kesatuan ummah dan keharmonian masyarat berbilang bangsa di negara ini.

Baginda dan Raja Permaisuri Agong turut meminta jemaah haji untuk sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negara.

Penerbangan bagi musim haji 1443H merangkumi 48 penerbangan yang bermula pada 4 Jun lalu dan penerbangan terakhir dijadualkan 2 Julai hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI