RIO DE JANEIRO, Brazil – Seorang ibu muda meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mengeluarkan baju daripada sebuah mesin basuh yang masih belum berhenti berputar, lapor akhbar Daily Star UK.
Mangsa, Viviane Rodrigues menyangka mesin tersebut sudah berhenti berputar ketika memasukkan tangannya ke dalam peralatan tersebut.
Dia dikejarkan ke hospital selepas mengalami kejutan elektrik tetapi malangnya disahkan meninggal dunia ketika tiba di unit kecemasan.
Selepas bedah siasat, mayatnya dibawa ke komuniti luar bandar Gameleira do Di di Campo Formoso, tempat keluarganya tinggal.
Mendiang dikebumikan di Gameleira do Di pada 16 Jun lalu dan meninggalkan seorang suami serta seorang anak lelaki berusia sembilan bulan. – Agensi