fbpx

Tiga pemandu e-hailing didakwa seludup 16 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga tertuduh (dua hingga empat dari kiri) dihadapkan atas pertuduhan menyeludup 16 PATI di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tiga pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) pada bulan lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Choy Chee Kiow, 57, Wong Kok Siong, 48, dan Lee Seng Ping, 46, mengangguk faham sebaik pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Bagaimanapun tiada pengakuan bersalah direkodkan daripada mereka yang berasal dari Negeri Sembilan dan Selangor itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyeludup 16 orang PATI warganegara Myanmar berumur antara 16 dan 35 tahun.

Kesemua PATI yang disorok di dalam tiga buah kenderaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tiga lelaki tersebut sewaktu melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer (KM) 34.5 Jalan Kuala Terengganu-Kelantan dekat Kampung Batu Rakit, Kuala Nerus pada 22 Mei lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI