fbpx

Saravanan nafi ada penglibatan Perdana Menteri Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Saravanan

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menyangkal tohmahan konon Perdana Menteri Bangladesh terlibat dalam pemilihan 25 syarikat pengambilan pekerja.

Menerusi kenyataan di sini hari ini, beliau menegaskan bahawa dakwaan pemimpin negara itu terbabit dalam urusan berkenaan adalah palsu dan langsung tidak berasas sama sekali.

“Kenyataan saya sebelum ini yang merujuk hasil pertemuan dengan beliau itu sebenarnya bertujuan bagi menjelaskan situasi semasa pekerja Bangladesh yang berada di negara kita.

“Mesyuarat saya dengan dengan beliau itu turut menjelaskan pelbagai inisiatif yang diambil oleh pihak Kementerian Sumber Manusia bagi menambah baik keadaan kerja,” katanya.

Justeru, beliau melahirkan kekesalan kerana kenyataan tersebut telah dipetik di luar konteks dan menyatakan sebelum ini, hanya terdapat 10 syarikat pengambilan pekerja Bangladesh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI