fbpx

Remaja lelaki hilang di Puchong, ditemui selamat di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Imran (tengah) ditemui pasukan peronda polis IPD Ampang pukul 3.05 pagi hari ini di Jalan Seraya, Kampung Melayu Ampang, Kuala Lumpur.

SEPANG – “Ali kini sihat, biarpun agak keletihan,” kata Wan Esuriyanti Wan Ahmad, ibu kepada Ali Imran Naseruddin, 16.

Ali Imran yang sebelum ini hilang selepas keluar dari kediaman keluarganya sejak awal pagi Khamis lalu akhirnya ditemui dengan selamat awal pagi tadi.

Remaja itu ditemui oleh pasukan peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pukul 3.05 pagi tadi di Jalan Seraya, Kampung Melayu Ampang, Kuala Lumpur.

Wan Esuriyanti menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau sekeluarga syukur kerana dipertemukan semula dengan Ali Imran

“Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan kami, kesyukuran dan nikmat yang telah dianugerahkan. Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga dan rakan yang berterusan membantu dan menyokong untuk membawa Ali pulang.

“Terima kasih juga kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Nur Arfidah Mohamed dan pasukan di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang atas segala usaha menjejaki anak saya,” katanya.

Katanya, beliau berharap agar tiada ibu bapa yang perlu mengharungi keadaan seperti yang berlaku ke atas anaknya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI