fbpx

Perang di Ukraine bunuh ribuan ikan lumba-lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKAN lumba-lumba terus hanyut di pesisir pantai dengan kesan lecuran akibat bom. - @Gerashchenko_en/Twitter

KIEV – Saintis-saintis menyatakan bahawa beribu-ribu ikan lumba-lumba mati semasa pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine dengan sebahagian haiwan berkenaan ditemui dengan kesan terbakar akibat terkena letupan bom, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pengarah penyelidikan Taman Semula Jadi Negara Tuzla Estuaries di Ukraine, Ivan Rusev menulis dalam catatan Facebooknya bahawa haiwan mamalia marin itu terdampar di pantai Laut Hitam yang bersempadan dengan beberapa negara lain termasuk Ukraine, Bulgaria, Turki dan Romania.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh Rusev memaparkan keadaan sebilangan ikan lumba-lumba hanyut ke pantai kerana mengalami kecederaan akibat perang.

“Saya tekankan sekali lagi bahawa terdapat korban serius akibat perang dalam kalangan ikan lumba-lumba di Laut Hitam sejak beberapa minggu kebelakangan ini,” kata Rusev.

Beliau berkata, mamalia marin itu terus terdampar di pesisir pantai dengan kesan melecur akibat bom dan periuk api serta kecederaan lain di samping mengalami kelaparan.

Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh pasukannya serta penyelidik lain di Eropah, beribu-ribu ikan lumba-lumba telah mati akibat perang di Ukraine.

“Berdasarkan analisis data yang kami kumpulkan selama tiga bulan perang berlaku di samping bahan-bahan penerbitan baharu dari Ukraine, Turki, Bulgaria, Romania dan berdasarkan mesej peribadi rakan-rakan sejawat, saya mengandaikan bahawa ribuan ikan lumba-lumba mati akibat perang di Laut Hitam sejak awal hingga sekarang.

“Orang barbar (Russia) membunuh bukan sahaja orang yang bertamadun tetapi ikan lumba-lumba yang pintar,” katanya.

Ketika pertempuran paling sengit berlaku di pantai selatan Ukraine, pakar-pakar turut memberi amaran bahawa persekitaran marin dan tanah lembap di sepanjang Laut Hitam dan Azov berpotensi terancam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI