fbpx

Perancis larang aktiviti luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ini adalah serangan haba paling awal sebelum musim pernah melanda Perancis dalam tempoh 75 tahun. - Daily Mail

PARIS – Kementerian Kesihatan Perancis mengeluarkan arahan melarag semua bentuk  aktiviti luar rumah selepas  gelombang haba yang semakin serius melanda Benua Eropah, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Suhu dilaporkan dalam lingkungan pertengahan 30 darjah Celsius di Sepanyol dan Perancis dan dijangka mencecah 40 darjah celcius di kebanyakan kawasan, manakala suhu  44 darjah Celsius direkodkan di Montpellier dan 46 darjah Celsius di Bilbao.

Menteri Kesihatan Perancis, Brigitte Bourguignon berkata, kemasukan ke hospital juga semakin meningkat, namun masih mampu memenuhi jumlah pesakit mengikut keadaan semasa.

Gelombang haba kali ini adalah yang paling awal pernah melanda Perancis dalam tempoh 75 tahun.

Di Gironde, barat daya Perancis, semua aktiviti luar rumah dilarang sehingga gelombang haba berakhir.

Acara dalaman di tempat tanpa penghawa dingin juga dilarang, namun perayaan peribadi seperti perkahwinan masih dibenarkan.

Sementara itu, pelajar sekolah di 12 kawasan amaran merah diminta duduk  di rumah dengan penghuni rumah jagaan diberi keutamaan menggunakan bilik mempunyai pendingin hawa secara bergilir-gilir.

Di Perancis, langkah-langkah khas telah diambil di rumah-rumah  jagaan warga tua bagi mengelakkan insiden gelombang panas yang membawa maut pada 2003.

Bangunan sedang disembur dengan air untuk tujuan penyejukan dan penduduk menggunakan  bilik berhawa dingin secara bergilir-gilir.

Sementara itu, cuaca panas menyaksikan kebakaran hutan tercetus di Sepanyol yang memusnahkan kawasan seluas 7,000 hektar di rantau Sierra de la Culera dan memaksa 200 penduduk melarikan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI