fbpx

Peniaga rugi lebih setengah juta terpedaya pelaburan tak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang peniaga berputih mata apabila rugi RM583,555 terperdaya skim pelaburan melalui satu aplikasi yang menjanjikan keuntungan yang besar Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani berkata, kejadian tersebut berlaku pada 14 Februari lalu apabila mangsa menerima pesanan dari aplikasi WhatsApp dari nombor tidak dikenali menawarkan pelaburan tersebut.

Katanya, menerusi mesej itu, mangsa berusia 35 tahun telah bersetuju dengan pelaburan tersebut, mangsa telah membuat 52 transaksi kemasukan wang berjumlah RM583,555 ke dalam 13 akaun yang berbeza.

“Mangsa membuat transaksi dari tarikh 15 Februari lalu sehingga transaksi terakhir pada 23 April lalu. Selepas 25 Mei, mangsa mendapati aplikasi whatsApp mangsa telah disekat dan mangsa tidak dapat membuat sebarang akses lagi ke dalam aplikasi tersebut.

“Wang yang digunakan mangsa bagi pelaburan berkenaan merupakan wang simpanan semasa bekerja sebagai penasihat jualan dan juga hasil keuntungan perniagaan makanan secara atas talian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Aibee berkata, sedar dirinya telah ditipu, mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Bukit Pelandok, Port Dickson.

Menurutnya, hasil semakan mendapati nombor talefon yang digunakan bagi menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp tidak mempunyai rekod kes penipuan, bagaimanapun, bagi akaun untuk pemindahan wang terdapat kes lain yang telah dilaporkan.

“Kes disiasat di bawah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI