fbpx

Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis memerlukan dua ke tiga hari bagi melengkapkan siasatan kes seorang pelakon popular yang ditahan kerana dipercayai membelasah seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, di sini pada malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Seksyen 323 adalah bagi kesalahan mendatangkan cedera, sementara bagi Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.

“Pihak polis memerlukan tempoh dua ke tiga hari bagi melakukan siasatan sebelum mengetahui bila suspek akan dituduh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pelakon lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan reman selama tiga hari selepas menumbuk serta menendang seorang lelaki di sebuah kondominium.

Pertengkaran berlaku dipercayai kerana pelakon itu berang apabila rakannya tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium berkenaan bagi menghantar minyak masak.

Pelakon itu didakwa menumbuk dan menendang bahagian muka, dada, perut dan belakang badan mangsa selain turut mengugut akan membunuh mangsa berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI