fbpx

KL Wildcats bangkit daripada kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WING attack KL Wildcats, Nurul Adha Abu Bakar (tengah) berjaya melakukan banyak hantaran berbahaya ke arah 'kawasan D' Pahang Tulips pada aksi NSL di Stadium Juara sebentar tadi. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats kembali menemui rentak terbaik mereka bagi menebus kekecewaan tewas kepada seteru tradisi, Johor Jewels pada aksi Sooka Netball Super League (NSL) 2022 semalam.

Ia terbukti apabila para pemain KL Wildcats kelihatan cukup bersemangat untuk kembali berada di landasan sebenar menerusi kemenangan besar 77-52 ke atas Pahang Tulips di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Pemain di posisi center KL Wildcats, Nur Amisya Khairud Din berpuas hati dengan prestasi mereka untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir sebagai naib juara liga sepusingan NSL 2022.

“Kami berjaya bangkit daripada kekalahan semalam. Kami kurangkan kesilapan yang dilakukan semalam untuk pastikan kami bermain dengan lebih bagus hari ini.

“Sekarang kami perlu tingkatkan lagi beberapa aspek seperti hantaran untuk kekalkan rentak permainan pantas menjelang separuh akhir minggu depan,” kata Amisya selepas tamat perlawanan.

GOAL shooter KL Wildcats, Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli (dua dari kanan) menjadi tunjang utama kemenangan ke atas Pahang Tulips pada aksi NSL di Stadium Juara sebentar tadi. – AFIQ RAZALI

Sementara itu, wing defend Pahang Tulips, Nur Shafiqah Fazana Shafie berpuas hati kerana dapat memberikan tentangan kepada KL Wildcats yang sememangnya merupakan sebuah pasukan digeruni.

“Kami puas hati walaupun ada lakukan kesilapan mudah. Malah, saya boleh katakan prestasi kami meningkat sebenarnya dalam setiap perlawanan.

“Cuma semua sedia maklum KL adalah pasukan yang digeruni tetapi kami tetap berikan tentangan kepada mereka. Kami perlu lebih bersedia untuk separuh akhir nanti,” jelasnya.

Sebagai rekod, KL Wildcats dijangka berdepan Selangor Angels, manakala Pahang Tulips diramal bertemu pilihan utama musim ini, Johor Jewels di separuh akhir pada Sabtu nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI