fbpx

Kemenangan bersejarah Melaka Mystic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAHIDA (tengah) muncul wira Melaka Mystic apabila meledak gol kemenangan 43-32 ke atas NS Venom pada aksi NSL di Stadium Juara hari ini. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Para pemain dan barisan kejurulatihan Melaka Mystic berhak mendabik dada meskipun menamatkan kempen Sooka Netball Super League (NSL) 2022 di tempat tercorot.

Apa tidaknya, Melaka Mystic berjaya mencipta kejutan dan menutup mulut para pengkritik menerusi persembahan penuh bertenaga ketika mencatat kemenangan tipis 43-42 ke atas Negeri Sembilan (NS) Venom hari ini.

Jaringan kemenangan Melaka Mystic hadir menerusi percubaan kapten, Siti Wahida Abd. Hamid ketika aksi di Stadium Juara, Bukit Kiara itu berbaki 10 saat lagi sebelum tamat perlawanan.

Keputusan itu menghadiahkan kemenangan pertama buat Melaka Mystic sepanjang dua musim beraksi dalam kempen NSL sejak tahun lepas.

WAHIDA (kiri) berbangga dengan semangat juang tinggi ditunjukkan rakan-rakan untuk mencatat kemenangan pertama musim ini. – AFIQ RAZALI

“Saya curi-curi tengok masa sebelum jaringkan gol terakhir itu. Ketika itu saya tenangkan diri dan cuba jaringkan gol kemenangan itu.

“Saya sangat berbangga dengan rakan sepasukan. Mereka tidak pernah putus asa dan sentiasa bekerja keras untuk memastikan kami meraih kemenangan pertama,” kata Wahida selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, kemenangan itu masih gagal untuk mengekalkan Melaka Mystic terus bersaing dalam edisi ketiga NSL musim depan apabila tersingkir sebagai pasukan tercorot liga sepusingan.

Berdasarkan kedudukan yang dikeluarkan, Kedah Sunshine turut mengalami nasib sama apabila menduduki tangga kedua tercorot, manakala NS Venom terselamat meskipun tewas kepada Melaka Mystic hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI