fbpx

Jude Bellingham pula jadi sasaran Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM menjadi sasaran Klopp, namun mereka perlu bersabar selepas mengeluarkan dana besar mendapatkan Nunez. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp sanggup menunggu setahun lagi sebelum membeli bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham selepas berjaya menyelesaikan urusan perpindahan mereka lebih awal.

The Reds baru sahaja meme­cahkan tabung mereka dengan membeli penyerang Benfica dari Uruguay, Darwin Nunez menerusi yuran perpindahan tinggi yang boleh meningkat sehingga £85 juta (RM460.36 juta).

Terbaharu, Liverpool juga telah mencapai kata sepakat untuk mengikat kontrak lima tahun dengan pertahanan kanan Aberdeen, Calvin Ramsay menerusi harga £6.5 juta (RM35.20 juta).

Difahamkan, Liverpool akan membayar pendahuluan £4 juta (RM21.66 juta) sebelum menyelesaikan baki £2.5 juta (RM13.54 juta) bergantung kepada penampilan dan kejayaan diraih pemain berusia 18 tahun itu.

Ramsay menjadi pembelian ketiga Klopp dalam jendela perpindahan ketika ini selepas Nu­nez dan Fabio Carvalho.
Carvalho berhijrah ke Anfield dari Fulham dengan yuran bernilai £7.7 juta (RM41.70 juta).

Ia bermakna Klopp terpaksa menunggu jendela perpindahan seterusnya pada Januari depan untuk mendapatkan Bellingham kerana Dortmund juga baru menjual Erling Braut Haaland kepada Manchester City bulan ini.

Dalam masa sama, Klopp mahu menjual dahulu pemainnya seperti Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita yang ketika ini memasuki tahun terakhir dalam kontrak mereka.

Pengurus kelahiran Jerman itu juga perlu menyelesaikan run­dingan penjualan dua lagi pemain iaitu Sadio Mane de­ngan Bayern Munich dan Takumi Minamino yang kini menjadi buruan Lyon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI