fbpx

Dituduh main Forex, Fizo, Wak Doyok ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZO dan Wak Doyok menerima teguran gara-gara dilihat secara terbuka mempromosi kegiatan forex.

UMUM tahu, dunia pelaburan mata wang asing (Forex) disahkan haram oleh Jabatan Agama Islam negara ini.

Namun, iklan berkaitannya masih lagi aktif dan berleluasa ditayangkan dalam semua platform media sosial yang turut memaparkan beberapa wajah dikenali umum iaitu Fizo Omar dan Wak Doyok.

Rupa-rupanya ramai yang kurang selesa melihat dua figura awam tersebut muncul dalam iklan mempromosikan aktiviti trading.

Malah, penglibatan mereka turut ditegur seorang individu bernama Muhammad Furqan Abdullah iaitu Eksekutif Unit Syariah dan Antarabangsa PPZ-MAIWP baru-baru ini.

“Wak Doyok dan Fizo dibayar berapa untuk promosikan produk tersebut? Sudah terdesak sangatkah sampai terima tawaran kerja dengan forex trading?

“Sebarang pendapatan dan komisen yang kalian terima, adalah tidak halal. Bertakwalah kepada Allah,” ciapnya dalam Twitter baru-baru ini.

Seram apabila baca perkara sebegitu kerana melibatkan dosa pahala seseorang. Harap pihak Fizo mahupun Wak Doyok dapat menjelaskan hal tersebut.

Kalau boleh tak mahulah orang ramai membuat spekulasi dan menjatuhkan hukum sendiri.

Untuk pengetahuan ramai, Forex disahkan haram kerana melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.

DIVA: Sebelum ini Zizan Razak pernah mengeluarkan kenyataan menarik diri dari terlibat dengan sebarang aktiviti Forex kerana sudah cuci tangan katanya. Semoga jadi contoh kepada semua di luar sana okey.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI