PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca cerah dan baik melibatkan kesemua negeri di Semenanjung pada pagi ini.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di YouTube menyarankan agar orang ramai mengambil peluang beriadah bersama keluarga di waktu pagi ekoran tiada cerapan hujan yang direkodkan.
“Keadaan baik ini diramal akan berterusan sehingga awal tengah hari nanti,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, melihat imej radar tinjauan cuaca di negeri Sarawak, Sabah dan Labuan, tiada cerapan hujan berlaku dan keadaan dilaporkan cerah ketika ini.
Bagaimanapun, MetMalaysia menjelaskan terdapat kawasan penumpuan angin dari pelbagai hala di negeri-negeri utara dan selatan Semenanjung melibatkan kelajuan 40km/jam. – KOSMO! ONLINE