fbpx

2,170 kes Covid-19 direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila 2,127 kes dicatatkan berbanding 2,130 kes kelmarin.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 897 kes diikuti Kuala Lumpur (482), Pulau Pinang (153), Perak (137), Sabah (127), Melaka (79) dan Negeri Sembilan (72).

Diikuti Johor (40), Kedah (36), Sarawak (31),Putrajaya (26), Pahang (19), Terengganu (16), Kelantan (11), Perlis (1) dan Labuan, sifar kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan adalah seramai 458 orang, manakala kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam ialah 23 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, satu kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,732 kes. Selain itu, sifar kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,579 kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI