fbpx

Yayasan Bank Rakyat salur bantuan RM125,000 kepada 1,250 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis penyerahan replika cek Bantuan Persekolahan YBR di Pokok Sena, Kedah hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak RM125,000 disediakan Yayasan Bank Rakyat (YBR) untuk disalurkan kepada 1,250 pelajar sekolah rendah dan menengah di Perak, Kedah serta Pulau Pinang hari ini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd. Shahrizal Sahri berkata, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 seorang itu diharap mampu membantu ibu bapa atau penjaga dalam persediaan sesi persekolahan ketika fasa endemik ketika ini.

“Bantuan ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat buat anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan.

“Sumbangan ini juga diharap dapat membantu keluarga B40 dalam urusan kewangan dalam penyediaan kelengkapan sekolah seperti pembelian baju, kasut, stoking atau beg,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Penyerahan bantuan persekolahan tersebut telah diagihkan mengikut daerah iaitu Pokok Sena, Kulim Bandar Baharu serta Jerai di Kedah, Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Larut di Perak.

Sehingga kini, seramai 60,558 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan terbabit dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.72 juta sejak 2018.

Dalam pada itu, sebanyak RM3 juta turut diperuntukkan dalam program bantuan persekolahan bagi tahun ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI