fbpx

Salahkah jadi jurujual, barista?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai golongan muda mula menceburi sektor makanan dan minuman.

Masih ada lagi individu atau usahawan yang belum ‘move on’, selepas terkesan daripada impak pandemik sehingga menyebabkan kerugian syarikat dan terpaksa menganggur?

Jika diukur pada perkembangan semasa, ekonomi kini menyediakan pelbagai peluang niaga, projek pembangunan dan yang penting adalah peluang pekerjaan terbuka luas untuk semua individu sama ada lepasan SPM, graduan dan juga golongan profesional yang mahu berubah tempat kerja.

Rata-rata pekerja diperlukan untuk mengisi kekosongan khususnya dalam sektor makanan dan minuman serta perhotelan, apatah lagi pemain industri sentiasa berdepan dengan kekangan untuk mendapatkan pekerja mahir dan berpengalaman.

Melalui pelaksanaan gaji minimum RM1,500 oleh kerajaan bermula Mei lalu telah membuka mata golongan muda lepasan sekolah memohon bekerja secara sepenuh masa di pelbagai outlet berjenama popular yang kini semakin aktif membuka cawangan di lokasi strategik di seluruh negara.

Sebagai contoh, Ahmad yang baru berusia 20 tahun bekerja sebagai barista di sebuah outlet popular di Ampang dengan bayaran gaji kasar termasuk elaun dan kerja lebih masa boleh mencecah sehingga RM2,500. Ia merupakan satu nilai yang cukup besar buat dia.

Apatah lagi, tinggal bersama ahli keluarga tanpa ada komitmen lain untuk membayar duit sewa rumah, bil elektrik dan air, membuatkan nilai tersebut cukup mewah untuknya berbelanja bila tibanya hari gaji.

Apa lagi yang difikirkan mereka pada usia tersebut, hanya mahu memiliki telefon pintar yang paling canggih, mengintai peluang untuk membeli motor atau kereta serta membeli-belah produk berjenama mahal.

Rugi sekiranya mereka tidak cenderung untuk merancang simpanan dan melanggan insurans atau takaful pada usia muda.

Sehubungan itu, peranan ibu bapa sangat penting untuk membimbing mereka khususnya dalam pengurusan kewangan agar tidak hanyut dengan kemewahan sementara.

Bukan mengongkong tetapi sekadar memantau atau mengingati mereka selalu.

Buat ibu bapa yang mana anak-anak mereka begitu meminati bekerja hanya sebagai barista atau juru jual di kedai serbaneka di outlet berjenama popular di pusat beli-belah sedangkan mereka memiliki segulung diploma atau ijazah, jangan rasa tertekan dengan keputusan mereka.

Sokong dan berilah dorongan buat mereka agar terus bersemangat keluar bekerja, memberi komitmen 100 peratus kepada pekerjaan yang diminati selain berdisiplin dan juga setia kerana jika ada jodoh dan rezeki mereka, pastinya ada ruang untuk dinaikkan pangkat ke peringkat tertinggi pada masa depan.

Perubahan gaya hidup masa kini tidak membezakan kasta antara yang memiliki ijazah atau diploma atau hanya lepasan SPM.

Pasaran kini hanya memerlukan individu yang kreatif, komited, setia,berdisiplin dan berkemahiran serta berpengalaman luas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI