fbpx

PICKids dibuka semula jika ada permintaan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi Ghazali (Berdiri Lima dari Kanan) bergambar bersama peserta pertandingan Memanah Tradisional Terbuka ATTAC di Lembah Beriah Bukit Merah disini hari ini.- Wat Kamal Abas

BAGAN SERAI – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka semula Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak -Kanak (PICKids) bergantung kepada permintaan khas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, program tersebut bakal dibuka dan dilaksanakan semula bergantung kepada permintaan khas dari sesebuah kawasan.

“Program PiCKids telah berakhir pada penghujung Mei lalu dan KKM tidak lagi bercadang untuk melanjutkan program tersebut.

“Sekiranya ada permintaan khas daripada rakyat di satu-satu tempat yang berkehendakkan PICKids, maka KKM akan mempertimbangkannya untuk dilaksanakan di tempat itu,” katanya selepas merasmikan Program Pertandingan Memanah Tradisional Terbuka Abu Thalhah Traditional Archery Club (ATTAC) di Lembah Beriah di sini hari ini.

Menurut Dr. Noor Azmi, permintaan pelaksanaan PICKids boleh dibuka semula sekiranya terdapat permintaan khas seperti kawasan pedalaman yang tiada liputan telekomunikasi.

“KKM akan mempertimbangkan membuka operasi PICKids sekiranya ada permintaan khas dari penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman seperti contohnya di Sabah dan Sarawak.

“Mereka ini boleh mengemukakan permintaan khas itu kepada Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing. Permohonan itu akan dipertimbangkan mengikut kewajaran dan kepentingan rakyat dikawasan itu bagi membuka semula PICKids,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI