fbpx

Penduduk berang tuang beras penuh kutu pada wakil rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial mengenai seorang lelaki menuang sekampit beras atas kepala wakil daerah Jawa Timur. - Instagram

JAKARTA – Seorang penduduk di Kabupaten Jember, Jawa Timur menjadi tular apabila bertindak menuang sekampit beras dipenuhi kutu pada anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), lapor laman Suara semalam.

Menerusi paparan video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @media.jember, insiden tersebut berlaku ketika perbincangan mengenai keadaan beras yang diagihkan kepada penduduk kampung.

Anggota DPRD tersebut menafikan bahawa beras yang diedarkan tidak elok dan penuh  kutu beras. Perkara tersebut membuatkan salah seorang penduduk berasa berang lalu bangun sambil memegang sekampit beras.

Tanpa teragak-agak, dia menuang beras itu  pada  wakil rakyat berkenaan.

“Ini beras yang diedarkan, tuan. Cuba tuan lihat, penuh dengan kutu beras. Lebih baik tidak perlu beri sumbangan,” katanya spontan.

Susulan tindakan lelaki tersebut, penduduk setempat mengusulkan agar koperasi yang bertanggungjawab mengedarkan sumbangan beras dibubarkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI