fbpx

Koperasi terus jana pertumbuhan ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muslimin Yahya (dua dari kanan) hadir sempena Hari Koperasi Negara 2022 di Kubang Menerong di sini hari ini. IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Fungsi institusi koperasi wajar diperkasakan bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya berkata, kerajaan sentiasa komited untuk menggerakkan usahawan yang bernaung di bawah koperasi terutamanya di Pulau Pinang.

“Pelbagai inisiatif dan usaha yang dijalankan seperti menyediakan geran pembangunan, pinjaman tabung modal pusingan serta latihan modal insan. Sehingga kini, terdapat 776 buah koperasi di negeri ini membabitkan seramai 191,206 ahli .

“Jumlah syer dan yuran berjumlah RM272 juta dengan aset bernilai RM1 billion telah berjaya menyumbangkan perolehan sebanyak RM283 juta,” katanya kepada pemberita sempena Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22) Peringkat Negeri Pulau Pinang di Kubang Menerong di sini hari ini.

Berdasarkan statistik sehingga 31 Disember lalu, sektor koperasi negara ini memiliki jumlah aset RM150.5 bilion dengan jumlah perolehan sebanyak RM41.5 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI