fbpx

KL Wildcats janji beri saingan sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORDIYANAH (tengah) menegaskan tidak akan memberikan laluan mudah kepada Johor Jewels dan bersedia memberikan tentangan sengit untuk memastikan kemenangan menjadi milik KL Wildcats.

KAPTEN Kuala Lumpur (KL) Wildcats, Nordiyanah Noor Saba­dinee yakin pasukannya mampu menewaskan Johor Jewels menjelang pertemuan getir aksi Sooka Netball Super League (NSL) 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara malam ini.

Goal attack berusia 22 tahun itu berkata, mereka tidak akan memberikan laluan mudah kepada Johor Jewels dan bersedia memberikan tentangan se­ngit untuk memastikan kemenangan menjadi milik KL Wildcats.

“Kami mahu habiskan pusi­ngan round robin ini dahulu untuk jumpa semua pasukan supaya dapat membaca kekuatan masing-masing. Namun, ia tidak bermakna kami ambil mudah perlawanan ini.

“Sudah tentu kami pun mengharapkan kemenangan apabila bertemu Johor. Kami akan buat sehabis baik kerana yakin boleh menang ke atas mereka.

“Kalau sebaliknya berlaku, kami tidak akan senang-senang beri kemenangan mudah buat Johor. Kami akan tetap berikan tentangan sengit kepada mereka,” kata Nordiyanah yang turut boleh beraksi di posisi center.

Biarpun KL Wildcats berstatus juara bertahan, namun Johor Jewels menjadi pilihan ramai untuk menjuarai kejua­raan NSL musim kedua ini berdasarkan kemampuan barisan pemain mereka.

Lebih menyukarkan keadaan apabila bekas kapten KL Wildcats musim lalu, Nur Syafazliana Mohd. Ali kini menyarung jersi Johor Jewels, sekali gus memberi kelebihan ketara buat skuad bimbingan Fazira Mesnan itu.

“Sudah tentu dia (Syafazliana) mengetahui selok-belok pasukan dan kelebihan serta kelemahan para pemain KL Wildcats. Namun, banyak perubahan dalam pasukan musim ini dan corak permainan juga sedikit berbeza,” jelas Nordiyanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI