fbpx

Elisya Sandha selamat timang anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELISYA selamat melahirkan anak sulungnya pagi tadi.

PETALING JAYA – Detik yang dinanti-nanti, pelakon Elisya Sandha selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsi ibu mentuanya yang juga seorang pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Menerusi hantaran sama, Sheila dilihat memegang tangan cucu sulungnya itu.

“Sentiasa bersyukur dan alhamdulillah,” tulisnya dalam entri tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Instagram termasuk golongan selebriti menitipkan ucapan tahniah dan doa agar bayi yang baru dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat.

“Tahniah dan syukur alhamdulillah. Baby Bunga cantik dan sihat,” ucap pelakon Fasha Sandha yang juga merupakan kakak kepada Elisya.

“Tahniah Sheila sekeluarga. Alhamdulillah selamat bersalin, sudah jadi nenek,” ucap seorang netizen.

Bagaimanapun, Elisya mahupun suaminya, Uzair Haqimy masih belum berkongsi atau mengumumkan foto dan nama bayi mereka secara rasmi dalam media sosial masing-masing.

Terdahulu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan mengumumkan bakal melahirkan anak perempuan pada 2 Jun lalu.

Elisya dan Uzair yang juga merupakan pengarah dan pelakon disatukan sebagai suami isteri sekitar Ogos tahun lalu.

Pasangan tersebut mengenal hati budi masing-masing selama lima tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI