fbpx

Didakwa potong barisan, 2 lelaki bertumbuk rebut air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan kekecohan yang berlaku melibatkan dua lelaki yang didakwa bertumbuk disebabkan tindakan memotong barisan ketika ingin mendapatkan air dari lori tangki.

PETALING JAYA – Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai insiden paip pecah di kawasan Batu 7, Jalan Miri-Bintulu sehingga menjejaskan 65,000 isi rumah di bandar tersebut.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video oleh Sarawak Aritok di media sosial semalam memaparkan suasana tegang apabila berlaku aksi tumbuk menumbuk di antara dua individu lelaki yang didakwa berpunca daripada memotong barisan.

“Gaduh sebab potong barisan,” jelas @iraheisenberg.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sewaktu penduduk setempat keluar beratur bagi mendapatkan bekalan air yang dibawa lori tangki ke kawasan terjejas.

Sementara itu, video kekecohan tersebut berjaya meraih lebih 120,000 tontonan dalam masa 12 jam dan pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai.

Lebih menarik perhatian, ada pengguna berkongsi pengalaman ketika berdepan dengan situasi yang sama dan dikatakan telah berpuluh tahun kawasan tempat tinggal mereka mempunyai masalah ketiadaan air.

“Sabar-sabar, di kampung saya berpuluh tahun tiada air, setitik pun tak ada, masih sabar sampai sekarang,” balas @Bird93.

“Hanya orang Miri yang faham, dah empat hari tiada air, harap Isnin nanti semuanya pulih macam biasa,” ujar @mr.christ85. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI