fbpx

Amber Heard takut Johnny Depp saman lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JURI tidak termakan dengan titisan air mata Amber Heard dalam pembicaraan fitnah bersama Johnny Depp. – India Today

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang juri lelaki daripada panel tujuh juri yang terlibat dalam perbicaraan kes saman fitnah antara Amber Heard dan Johnny Depp menjelaskan alasan mereka sebulat suara memutuskan untuk memihak kepada aktor tersebut, lapor laman berita India Today semalam. 

Depp telah menyaman Heard berikutan artikel yang diterbitkan dalam akhbar Washington Post pada 2018 di mana pelakon wanita itu mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan rumah tangga.

Dia bagaimanapun, dia tidak menamakan Depp sebagai pelaku.

“Tangisan, ekspresi muka yang dia (Heard) tampilkan dan renungan ke arah juri membuatkan kami sangat tidak selesa.

“Dia (Heard) akan menjawab satu soalan lalu menangis dan dua saat selepas itu, emosinya terus hilang. Sesetengah kami melihat perasaannya sebagai tidak ikhlas. 

“Emosi Depp lebih nyata dan boleh dipercayai. Apa yang dia (Depp) nyatakan lebih dipercayai. Dia kelihatan lebih nyata dari segi menjawab soalan. Emosinya stabil sepanjang masa,” kata juri lelaki itu menerusi temu bual dalam rancangan televisyen Good Morning America. 

Dalam pada itu, dalam temu bual lain bersama Savannah Guthrie, Heard mengaku bahawa dia bimbang bekas suaminya akan menyamannya lagi.

“Saya ambil mudah tentang apa yang saya anggap sebagai hak untuk bersuara. Saya khuatir tidak kira apa yang saya katakan, setiap langkah yang saya ambil akan menjadi punca kepada tuntutan undang-undang fitnah,” kata Heard.

Awal bulan ini, keputusan mahkamah telah memihak kepada Depp dengan panel juri mengarahkan Heard membayar AS$10.35 juta (RM45.56 juta) sebagai ganti rugi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI