fbpx

47 ekor kucing tinggal dalam kereta gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUCING-KUCING itu berada di dalam kereta yang diparkir di perhentian rehat di tenggara Minnesota. - Animal Humane Society/Facebook

SAINT PAUL, MINNESOTA – Sebanyak 47 ekor kucing diselamatkan daripada sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan panas terik pada suhu lebih 32.2 darjah Celsius di sebuah perhentian rehat di tenggara negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kucing-kucing yang ditemui pada Selasa lalu itu tinggal di dalam kereta bersama pemiliknya yang baru-baru ini hilang tempat tinggal tetapi tidak mahu membiar sahaja haiwan tersebut, demikian menurut penyiasat Persatuan Kemanusiaan Haiwan (AHS), Ashley Pudas.

Dia telah memberikan 14 ekor kucingnya untuk dipelihara oleh orang lain.

“Malangnya, suhu tinggi yang direkodkan menyebabkan situasi di luar keupayaannya. Pemilik tersebut membenarkan kami membantunya,” kata Pudas.

Pemilik itu tidak membuang kucing-kucingnya dan tinggal bersama di dalam kereta tersebut untuk satu tempoh yang lama, demikian menurut AHS.

“Cuaca panas dan lembap pada bulan ini. Tiada rumah dan penghawa dingin. Tinggal di dalam kereta bersama kucing-kucing tanpa hala tuju.

“Ini adalah realiti yang dialami oleh seorang anggota masyarakat pada minggu ini apabila pegawai kami mengetuk cermin kereta­nya,” jelas organisasi itu.

Kebanyakan kucing itu hanya mengalami masalah kesihatan ringan akibat keadaan tempat tinggal yang daif.

“Anggota-anggota kami dengan pantas dan berhati-hati membawa hampir 48 ekor kucing itu kembali ke AHS.

“Bermula dari usia satu hingga 12 tahun, doktor-doktor haiwan kami mula memeriksa setiap ekor kucing itu, memberikan vaksinasi, makanan seimbang, pemulihan tingkah laku dan pengembirian,” jelas organisasi sama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI