fbpx

4 direman bantu siasatan tuntutan palsu projek RM300 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat suspek dibawa keluar selepas direman enam hari bagi membantu siasatan kes bersubahat membuat tuntutan palsu melibatkan projek bernilai RM300 juta di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan empat individu yang direman enam hari seperti yang dilaporkan akhbar Kosmo! hari ini adalah bagi membantu siasatan melibatkan tuntutan palsu bagi projek bernilai lebih RM300 juta.

Sumber memberitahu, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan bagi mengenal pasti nilai sebenar tuntutan palsu yang dibuat melibatkan projek tersebut.

“Empat individu yang ditahan ini bukannya membuat tuntutan palsu berjumlah RM300 juta sebaliknya mereka ditahan bagi membantu siasatan selepas didapati membuat tuntutan palsu membabitkan projek yang bernilai lebih RM300 juta.

“Setakat ini jumlah sebenar tuntutan palsu yang dibuat oleh mereka masih belum dikenalpasti memandangkan siasatan berhubung kes berkenaan masih lagi sedang dijalankan,” jelasnya hari ini.

Terdahulu, seramai empat individu telah ditahan termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan kerana disyaki bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di Pantai Timur bernilai lebih RM300 juta.

“Tiga lagi individu yang ditahan merupakan pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding,” katanya.

Semalam, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia 28 hingga 48 tahun dan tiga daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Terengganu manakala seorang lagi rumahnya di ibu negara pada Khamis (16 Jun 2022) kira-kira pukul 12 tengah hari.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI