fbpx

20 tahun hilang, Samudera kembali bikin ‘showcase’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN popular Samudera akan mengadakan sebuah showcase bertempat di Waronk, Melaka pada 25 Jun ini.

MELAKA – Selepas hampir 20 tahun tiada konsert, kumpulan legenda rock balada, Samudera yang terkenal dengan lagu Salam Sejahtera dan Titian Hasrat kembali bertemu peminat melalui persembahan di Waronk Melaka pada 25 Jun ini.

Pemain dram, A’ai berkata, sebanyak 16 buah lagu hit daripada koleksi album Samudera akan dipersembahkan secara intim bersama peminat setia kumpulan itu.

Katanya, antara lagu popular adalah Salam Sejahtera, Titian Hasrat, Terminal Cinta, Sudah Takdirnya Begitu, Silatulrahim, Bila Diburu Kenangan, Janji Yang Terakhir, Kerana Kasih Padamu dan Aduh Usah Lah Berubah.

“Setelah hampir 20 tahun tidak mengadakan showcase, tahun ini Samudera ingin memberikan hadiah kepada peminat yang masih setia meminta lagu kami dimainkan di corong-corong radio dan tontonan dalam YouTube.

Showcase ini akan dimulakan di Melaka, di Waronk pada 25 Jun ini. Sebanyak 16 lagu popular daripada tiga album akan dipersembahkan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, persembahan akan menampilkan dua lagi anggota asal kumpulan Samudera iaitu pemain gitar, Azmie dan Tajul.

“Jedd Black sebagai pemain bass menggantikan Allahyarham Jimmy serta penyanyi, Ady yang pernah menjadi vokalis Ukays menggantikan Allahyarham Ujang.

“Insya-Allah, selepas ini kita akan meneruskan showcase di beberapa negeri lain dan ke Dumai, Indonesia,” katanya.

Tiket persembahan dijual secara terhad kepada 100 pembeli terawal menerusi aplikasi WhatsApp di talian 011-32399993 (Faizal) atau 018-326 5895 (Mie). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI