fbpx

Wanita didakwa benarkan anak perempuan dianiaya secara seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Raub di Raub hari ini.

RAUB – Seorang wanita berusia 54 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub atas pertuduhan membenarkan anaknya dianiaya secara seksual pada usia kanak-kanak itu 17 tahun dua bulan dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berumur 54 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya,

Tertuduh yang merupakan ejen penjual air minuman kultur didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 31 (1) (b) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta yang sama.

Menurut kertas pertuduhan, pada pukul 2 petang Disember 2019 bertempat di gereja Bentong sebagai ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut telah menganiaya kanak-kanak tersebut dari segi seks.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Anisah meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin sebagai wang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI