fbpx

Tekong bawa tujuh pemancing ditahan tiada sijil kendali bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang tekong bot pancing ditahan kerana disyaki tidak memiliki sijil kompetensi mengendalikan bot di perairan Kuala Jerlun pada semalam.

ALOR SETAR – Keseronokan tujuh pemancing melakukan aktiviti itu di perairan Kuala Jerlun dekat sini terbantut apabila bot pancing dinaiki mereka ditahan penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada semalam.

Bot ronda APMM menahan bot pancing tersebut untuk pemeriksan semasa rondaan rutin Op Aman di kedudukan 4 batu nautika kira-kira pukul 7.30 malam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pemeriksaan awal mendapati tekong tidak memiliki sijil kompetensi untuk mengendalikan bot berkenaan.

“Tekong dan kesemua pemancing serta bot dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kesalahan tersebut adalah di bawah Seksyen 47(2) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Tindakan tegas boleh diambil kepada semua pengusaha bot pancing yang cuba melanggar undang-undang ditetapkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI