fbpx

Suri rumah, ibu tunggal jangan takut bergelar petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (kanan) melihat tanaman sayur-sayuran yang diusahakan golongan wanita dalam Projek Tanaman Sayur Secara Hidroponik di Rumah Tamu KADA, Kampung Nibong dekat Pasir Puteh hari ini. - FOTO: TOREK SULONG.

BACHOK – Golongan wanita khususnya suri rumah dan ibu tunggal tidak perlu takut untuk mencuba nasib dalam bidang pertanian yang berupaya menjana pendapatan lumayan untuk mengukuhkan kewangan keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, bidang pertanian mempunyai potensi besar yang mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dilaksanakan mengikut kaedah.

Menurutnya, sehubungan itu, pihak kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi pelbagai projek pertanian yang mampu menjana pendapatan sehingga RM2,000 sebulan kepada golongan wanita.

“Projek perintis tanaman hidroponik dan mikro hijau yang sedang diusahakan Kampung Nibong di sini ketika ini sedang melatih 500 wanita untuk menceburi bidang pertanian.

“Projek yang sedang diusahakan kumpulan wanita di kampung berkenaan bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merupakan projek awal dan ia bakal diperluaskan ke seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja Projek Tanaman Sayur Secara Hidroponik di Rumah Tamu KADA, Kampung Nibong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rina memberitahu, pihaknya yakin ia mampu memperkasakan golongan wanita terhadap bidang keusahawanan termasuk industri hiliran.

Katanya, program, insentif dan latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan termasuk swasta perlu dikembangkan dengan penyertaan yang menyeluruh daripada golongan wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI