KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali dilihat menangis sejurus melihat kelibat, remaja sindrom down yang dikenali Bella memasuki ruang kamar mahkamah untuk sesi pengecaman.
Pada sesi itu juga seramai lima lagi saksi kanak-kanak turut dipanggil pada sesi pengecaman saksi tersebut.
Turut terlibat pada sesi pengecaman terbabit adalah iaitu adalah Zurianty Sudin, 39, Yasmin Nahar Mahmood, 19, Suhana Zam, 40.
Bagi sesi pengecaman saksi kanak-kanak, kesemua mereka diletakkan disebalik skrin penghadang yang berada berdekatan bilik saksi bagi melindungi identiti kesemua kanak-kanak yang hadir.
Terdahulu, peguam Siti Bainun, Nur A’minatul Mardiah Md. Nor memohon pada Hakim Izralizam Sanusi supaya skrin penghadang itu dialihkan bagi melihat reaksi kesemua kanak-kanak itu namun permohonan itu ditolak.
Izralizam berkata, sesi terbabit hanya untuk pengecaman saksi dan ia tidak melibatkan sesi merekod keterangan daripada kesemua saksi kanak-kanak itu.
Ketika ini, prosiding diteruskan dengan merakam keterangan saksi pendakwaan kesembilan, Lans Koperal Azrul Abdul Shukor iaitu jurugambar daripada Polis Diraja Malaysia. – KOSMO! ONLINE