fbpx

Rugi RM1.5 juta ditipu pelaburan tanam pokok x-fruit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang peniaga mengalami kerugian kira-kira RM1.5 juta apabila terpedaya dengan satu sindiket pelaburan penanaman pokok buah x-fruit, di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang berusia 38 tahun itu ditawarkan pelaburan penanaman pokok yang akan membuahkan x-fruit di kawasan seluas 30 hektar.

Katanya, tawaran terbabit diterima mangsa pada tahun 2014 yang mana x-fruit dikatakan boleh diproses bagi menghasilkan minyak untuk kegunaan bahan api kapal terbang.

Jelasnya daripada laporan yang diterima mangsa telah dijanjikan tiga kali ganda keuntungan daripada modal pelaburan dalam jangka masa tiga tahun.

“Mangsa telah bersetuju dan telah mencari pelabur daripada Kemboja dengan wang pelaburan dikumpulkan sebanyak USD500,000 yang kemudiannya dimasukkan ke akaun mangsa.

“Mangsa kemudian memindahkan wang pelaburan terbabit ke akaun bank suspek dengan tiga transaksi dalam talian berjumlah RM1,500,000 yang didakwa dilakukan pada pertengahan 2015,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ramli, selepas hampir tiga tahun mangsa cuba bertanya suspek bagi mengetahui perkembangan pelaburan tersebut tetapi panggilan telefon mangsa disekat.

“Usaha kesan suspek juga gagal dan pengadu berasa telah diperdaya dan ditipu dengan pelaburan yang tidak wujud datang balai polis membuat laporan polis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI