fbpx

Penumpang maut bas dinaiki rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang melanggar bahagian belakang sebuah lori mengakibatkan seorang penumpang maut.

HULU SELANGOR – Seorang penumpang bas persiaran maut apabila bas yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer (km) 425.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 pagi tadi.

“Bas persiaran itu dalam perjalanan dari Kuala Kedah menuju ke ibu kota sebelum melanggar bahagian belakang lori mengakibatkan seorang penumpang wanita berusia 54 tahun mati di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, 39 penumpang bas terbabit mengalami kecederaan ringan dan telah beredar dari lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh disalurkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI