NEW DELHI – Satu hantaran tular di media sosial India apabila seorang pekerja dengan berani memohon cuti kepada majikannya dengan alasan sebenar iaitu mahu menghadiri temu duga pekerjaan baharu, lapor laman berita Wion News semalam.
Tangkap layar permohonan cuti tersebut dimuat naik dalam akaun Twitter @s5sahil.
“Tuan yang dihormati, saya menghantar e-mel ini kepada anda untuk memberitahu bahawa saya perlu cuti hari ini untuk menghadiri temu duga bersama syarikat lain.
“Saya memohon agar anda meluluskan cuti saya,” demikian kenyataan pada surat tersebut.
Sahil merupakan majikan kepada pekerja itu.
Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Berkongsi alasan sebenar adalah satu perkara yang mulia,” tulis seorang netizen.
“Seorang pekerja yang sangat jujur,” komen netizen lain. – Agensi